Jumaat, 2 Mei 2014

Yang Ku Mahu

Yang ku mahu bukan rumah mewah seluas lautan
TAPI
Yang ku mahu hanya rumah selesa teguh buat ku berteduh
Yang ku mahu bukan wang berjuta untuk bekalan duniaku
TAPI
Yang ku mahu wang berjuta untuk ku infaqkan untuk bekalan akhiratku

Yang ku mahu bukan kereta mewah berkilat
TAPI
yang ku mahu hanya keselesaan untuk sekeluarga bergerak ke sana sini

Tiada apa yang ku mahu selain dari Keredhaan Mu untuk hidup bahagia di bumi Mu ini..

UBAH

Kita, selagi tak rasa SEMPIT , takkan ada rasa nak BERUBAH!
Kita, selagi tak rasa SUSAH, takkan ada rasa nak BERUBAH!
Kita, selagi tak rasa KEHILANGAN, takkan ada rasa nak BERUBAH!
Kita, selagi dalam hidup rasa sudah CUKUP semuanya, selagi itulah tiada yang INGIN DIUBAH!

Kita BERUBAH, bukan kerana TAMAK HALOBA
Kita BERUBAH, bukan kerana NAK KEJAR SENANGNYA DUNIA
Kita BERUBAH, bukan untuk DI SANJUNG DI PUJA

BERUBAHlah UNTUK MUDAH BUAT PILIHAN!

Fikir fikir..

Rabu, 15 Januari 2014

Kacau Bilau

hidup dengan perasaan benci
mati hatinya
hidup dengan perasaan dendam
remuk rendam jiwanya
kacau hatinya
bilau jiwanya
serah mati biar hilang jiwanya